Your Name

Your Name. (君の名は。, Kimi no Na Wa., "Namamu pula...")[3] ialah sebuah filem animasi drama fantasi romantik Jepun 2016 ditulis dan diarah oleh Makoto Shinkai dan diterbitkan oleh studio CoMix Wave Films. Filem tersebut diterbitkan oleh Noritaka Kawaguchi dan Genki Kawamura, manakala muziknya digubal oleh Radwimps. Ia mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah tinggi yang menetap di suatu kampung desa pergunungan dan tentang seorang pelajar lelaki sekolah tinggi di Tokyo, dan mereka berdua tiba-tiba sahaja asyik bertukar jasad tanpa berbuat apa-apa.[4] Filem ini membintangi suara Ryunosuke Kamiki, Mone Kamishiraishi, Masami Nagasawa dan Etsuko Ichihara. Novel senama Shinkai juga diterbitkan sebulan sebelum tayangan perdana filem tersebut pada April 2017) dan manga (jilid 1, Disember 2016; jilid 2 Februari 2017; jilid 3 Jun 2017) diterbitkan oleh Kadokawa.Filem ini mula ditayangkan di Nusantara bermula di Singapura pada 3 November 2016, Indonesia pada 7 Disember tahun sama[5] dan Malaysia pada hari berikutnya. Malaysia merupakan negara Nusantara pertama yang mengeluarkan terjemahan manga dan novel asal bersempena tayangan filem ini di negara tersebut.[4][6]

Your Name

Bahasa Bahasa Jepun
Lakon layar oleh Makoto Shinkai
Disunting oleh Makoto Shinkai
Muzik oleh Radwimps
Pengarah Makoto Shinkai
Penerbit
  • Noritaka Kawaguchi
  • Genki Kawamura
Pecah panggung AS$361 juta
(RM1.444 bilion)[2]
Bahasa Jepun 君の名は。
Hepburn Kimi no Na wa.
Mula ditayangkan 3 Julai 2016 (2016-07-03) (Anime Expo)
Ogos 26, 2016 (Jepun)
November 3, 2016 (Singapura)
Disember 7, 2016 (Indonesia)
Disember 8, 2016 (Malaysia)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Makoto Shinkai
Tempoh tayangan 107 minit[1]
Negara Jepun
Dibintangi oleh
Pengedar Toho
Terjemahan Namamu...

Rujukan

WikiPedia: Your Name http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-05-11/ma... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-09-21/ma... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-11-14/yo... http://www.antaranews.com/berita/600033/kimi-no-na... http://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/jj-ab... http://www.imdb.com/title/tt5311514/ http://www.indiewire.com/2017/09/your-name-remake-... http://www.kiminona.com/ http://www.metacritic.com/film/titles/your-name